Thursday, 26 January 2012

2011 Flashback: Majlis Graduasi Pertama Pelayanan Kanak-kanak Gereja SDA Parapat


MAJLIS GRADUASI PERTAMA PELAYANAN KANAK-KANAK GEREJA SDA PARAPAT
Menjelang matahahari terbenam hari terakhir 2011, seramai 17 orang kanak-kanak telah menerima sijil tamat kelas kanak-kanak masing.


       Acara anjuran Pelayanan Kanak-Kanak Gereja SDA Parapat ini merupakan julung kali diadakan di gereja ini. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk:
  1. Menghargai setiap kanak-kanak yang tamat di kelas sekolah Sabat masing-masing pada tahun semasa.
  2. Menyediakan kanak-kanak untuk mengikuti program dalam kelas Sekolah Sabat pada tahun seterusnya.
  3. Membawa kanak-kanak lebih dekat kepada Yesus..
  4. Menggalakkan kerjasama dan mengeratkan silaturahim di antara guru sekolah sabat, kanak-kanak, ibubapa dan anggota gereja.
          Program bersejarah ini bermula pada jam 2.45 petang dan dimulakan dengan acara perarakan masuk graduan dan diikuti perarakan masuk Pengarah Pelayanan Kanak-kanak Missi Sabah, Pn. Sharon Laung yang diiringi pegawai-pegawai gereja SDA Parapat. Lagu ‘Yesus Cinta Aku’ menjadi lagu pembuka acara berkenaan yang disusuli dengan doa yang dilayangkan oleh Elder Robert Yongijal. Seterusnya Pn. Nancy Sitang telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Ucapan Pn. Sharon telah merasmikan acara pada petang itu.
          Seusai ucapan perasmian, upacara penganugerahan sijil telah dilaksanakan yang didahului dengan Penganugerahan Sijil Kelas Remaja, Kemudiannya, Sijil Kelas Kanak-kanak, Sijil Kelas Tadika, dan Sijil Kelas Bayi. Seramai 5 orang penerima Sijil Kelas Remaja iaitu Anny Farah Besel, Betah Mapaun (CSS Malamam), Citter Sarnis, Joshua Daryll Joseph, dan Noorfara Room. Sementara itu, penerima Sijil Kelas Kanak-Kanak ialah Arora Abigail Ronald, dan Charani Shahera Johari. Penerima Sijil Kelas Tadika pula, Abell Yoseff Jerni, Eldon Abraham Dostin, Emylda Richan, Helon Sutiam, Jean Christzabeth Yusevender, Rona Claire Robert, dan Sean Farrel Saulus (CSS Minyak). Manakala penerima Sijil Kelas Bayi ialah Eunice Deborah Dostin, Jayron McKayl Jackson, dan Joyce Amanda Joseph.
            Masing-masing tamatan menerima sijil dan hadiah yang telah disediakan oleh kelas masing. Menariknya. Graduan Kelas Tadika yang bakal memasuki Kelas Kanak-kanak menerima sebuah Alkitab dan buku lagu Sing For Joy. Sebagai bentuk penyataan kegembiraan para tamatan bersama kanak-kanak yang lain telah menyampaikan lagu istimewa dibantu oleh guru-guru.
            Menyusul acara berkenaan ialah Amanat Kepada Kanak-kanak oleh Elder Ronald Bilik, Amanat Kepada Ibubapa oleh Pr. James Basi, dan Amanat Kepada Guru Sekolah Sabat Kanak-kanak oleh En. Yusevender Peter. Lagu ‘Pimpin Mereka’ (LPMI 235) menjadi penutup bagi acara pada petang itu yang diakhiri dengan doa penutup oleh Elder Joseph Peter. 
             Para Graduan juga menerima layanan istimewa melalui jamuan makan khas selepas acara bergambar yang diadakan.

No comments:

Post a Comment